KEBUDAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum etnik yang mempunyai ciri-ciri budaya tersendiri yang unik dan istimewa. Tahukah anda bahawa terdapat kira-kira 80 etnik di Malaysia termasuk 3 etnik terbesar iaitu kaum Melayu,Cina dan India? Apakah keistimewaan budaya disebalik etnik-etnik tersebut? Mari kita bersama-sama merungkapnya.
Masyarakat terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Mereka betutur menggunakan bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu. Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza iaitu anak Jati,anak dagang dan peranakan.
Budaya Orang Melayu Malaysia
Pakaian Tradisional
Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut ialah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia :
Alat Muzik Tradisional
Antara alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Serunai, Geduk, Gedumbak, Canang, Kesi, Tetawak, Kecerek, Gendang Sembilan, seruling dan sebagainya.
Makanan Tradisi
Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tumpang, Nasi Campur Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok Keping, Budu, Sata, Tempoyak, Otak-otak, Sate, Roti Jala, Lontong, Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik, Dodol, Belacan dan sebagainya.
Teater Tradisional
Kesenian teater tradisional merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Wayang Kulit Siam merupakan sejenis wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan. Kesenian ini dahulunya sangat terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Patani. Ia juga merupakan jenis wayang kulit yang paling terkenal di Malaysia sejak dahulu hingga ke hari ini.
Makyong ialah sejenis teater tradisional yang dipercayai berasal dari daerah Besut, Terengganu. Dari daerah tersebut, kesenian ini telah berkembang ke negeri Kelantan, Patani, Kedah dan Perlis. Makyong adalah antara teater tradisional tertua di Malaysia dan sering dikaitkan dengan kepercayaan animisme Melayu.
Mek Mulung ialah sejenis teater tradisional yang berasal dari Kampung Wang Tepus di Jitra, Kedah. Kesenian ini dikatakan dicipta oleh seorang puteri kepada Raja Ligor yang telah buang negeri oleh ayahandanya. Kesenian ini hanya boleh ditemui di negeri Kedah sahaja dan kini diancam kepupusan.
Perayaan
Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari RayaAidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.
Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan perayaan Agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia.
Masyarakat kaum Cina adalah warganegara Malaysia yang berketurunan Bangsa Han. Mereka merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakan mereka adalah keturunan pendatang berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan Republik China
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Hanfoo pula merupakan pakaian tradisional kaum cina yang asal. Kedua-dua pakaian ini merupakan pakaian bagi lelaki. Pakaian bagi wanita pula adalah cheongsam.
Alat Muzik Tradisional
Bo yang juga dikenali sebagai Po adalah sejenis alat muzik yang diklasifikasikan dalam kumpulan Idiofon.Masyarakat Cina biasanya menganggap bunyi yang kuat sebagai baik sepertimana amalan mereka membakar mercun untuk menghalau hantu.
Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon.Ia merupakan sejenis alat muzik gesekan bertali dua.Erhu adalah di antara alat muzik paling popular dalam keluarga Hu-qin di China.
Liu Qin adalah alat muzik dalam kategori Kordofon.Ia merupakan alat muzik bertali yang dipetik seperti Pipa kecuali ia bersaiz lebih kecil dan bunyi seperti sebuah Mandolin.
Pipa dikategorikan sebagai alat muzik Kordofon.Ia merupakan alat muzik yang paling simbolik dan terkenal dalam Orkestra Cina.Sejarahnya bermula sejak lebih 2000 tahun dahulu. Rakyat bermain alat ini untuk mengatasi perasaan marah mereka kerana terpaksa membina Tembok Besar.
Makanan Tradisional
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akanberpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yangsecucuk.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untukmendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapatpasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaanChap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang benderabesar "Chingay".
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi
10 peratus populasi.Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan orang India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita India.
Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Dhoti juga merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas ( Cotton ) dan ada juga dhoti yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian dhoti juga mempunyai pelbagai cara. Gambar diatas adalah beberapa contoh pemakaian dhoti.
Adat Valaikaappu (Adat sewaktu mengandung)
Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.
Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih dan lain lain.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untukmenghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
Tahniah atas blog yang menarik.
ReplyDeleteBlog ini akan jadi lebih menarik dan bermaklumat jika setiap gambar untuk budaya semua kaum diberikan penerangan yang jelas. Contohnya bagi budaya orang Melayu, gambar pakaian tidak diberikan penerangan yang jelas tentang asal usul pakaian dan lain-lain.
Makanan juga boleh dipelbagaikan - sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan lain-lain. Juga boleh ditambah dengan kuih muih tradisi setiap kaum.