Posts

KEBUDAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA

Image
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum etnik yang mempunyai ciri-ciri budaya tersendiri yang unik dan istimewa. Tahukah anda bahawa terdapat kira-kira 80 etnik di Malaysia termasuk 3 etnik terbesar iaitu kaum Melayu,Cina dan India? Apakah keistimewaan budaya disebalik etnik-etnik tersebut? Mari kita bersama-sama merungkapnya.   Masyarakat terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Mereka betutur menggunakan   bahasa Melayu , beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.  Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza iaitu anak Jati,anak dagang dan peranakan.